Isu buli, ombudsman antara isu tumpuan waktu pertanyaan menteri
Dalam sesi waktu pertanyaan menteri, isu buli dan langkah pengekangannnya di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dibangkitkan oleh Afnan Hami Taib Azamudden (PN-Alor Setar) kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Syahredzan Johan (PH-Bangi) pula membangkitkan isu keputusan kerajaan berkenaan penubuhan Ombudsman memandangkan sesi libat urus menyeluruh sudahpun diselesaikan.
Isu peningkatan peruntukan Program Jualan Rahmah Madani yang sekarang ini di tahap RM600 juta ditanya oleh Wong Shu Qi (PH-Kluang) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sesi jawab lisan pula menyaksikan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) menyoal berkenaan aduan kos rawatan hospital swasta tinggi, rancangan pengenalan system Disagnostics-Related Groups (DRG) untuk menyelaraskan penstrukturan kos dan tribunal pesakit.
Kelewatan penyedian laporan tinjauan tanah bagi pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) dan langkah pengambilan tanah dan pembinaan tanpa kelewatan ditanya oleh Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar).
BACA JUGA: Selepas Pasti dikritik, MP Pas beri alasan guru diberi imbuhan lain