Anwar bersama ulama tapi Pas tergamak sertai Hindraf seret PMX ke mahkamah

Pembangkang dilihat terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten melibatkan diri secara aktif dalam program bersama ulama dan pendakwah.

Terbaharu, apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat tergamak bersama dengan Pengerusi dan pengasas bersama Pasukan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Waytha Moorthy semalam.

Dalam sidang media di ibu negara itu, P Waytha Moorthy memaklumkan telah memfailkan saman pemula terhadap Anwar dengan mendakwa pelantikan PMX sebagai Ahli Parlimen dan Perdana Menteri melanggar Perlembagaan.

Waytha yang juga Pengerusi Parti Kemajuan Malaysia (MAP) itu dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mendakwa pelantikan Anwar sebagai Ahli Parlimen dan Perdana Menteri adalah tidak berperlembagaan kerana Anwar sebelum ini telah hilang kelayakan atas sabitan jenayah dan selanjutnya mendapat pengampunan penuh.

Namun, menurut Waytha, walaupun Anwar menerima pengampunan itu pada 16 Mei 2018, pengampunan tanpa pengisytiharan rasmi tidak mencukupi untuk mengembalikan kelayakan Anwar secara sah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 itu mendakwa bahawa pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022 melibatkan salah nyata ataupun kekeliruan yang boleh menjejaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, kemunculan Takiyuddin dalam sidang media pemimpin Hindraf yang pernah dikecam Pas sebelum ini dihujani cemuhan warga maya.

Pas kini ibarat menjilat ludah sendiri apabila berbaik dengan Ramasamy dan Waytha Moorthy hanya demi mahu menyingkirkan PMX.

“Pas sanggup bersekongkol dengan Waytha Moorthy untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia yang beragama Islam. Pas adalah musuh agama Islam yang sebenar,” tegas Luqman Abdul Ghani.

“Pas akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan lawan Anwar Ibrahim. Demikianlah Pas,” kata Iwan Anuar Ezuan.

“Islamlah sangat. Akhirnya, berkawan dengan Waytha Moorty dan P Ramasamy. Dulu Pas kutuk Hindraf dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tu. Sekarang dah peluk cium,” tempelak Tarmizi Mohd Jam pula.

BACA JUGA Pemuda Pas diingatkan bela kematian Faris selepas buat solat hajat kes Zara