Barber, Salon & Beauty Expo Asia 2025 Bergabung – Pameran Mega Industri Kecantikan Terbesar Asia Tenggara

FOTO BERITA: Sidang Media oleh Firdaus Aziz Penganjur Retrobee Global, Glen Hew Penggaya Rambut & Pengasas KS Academy dan Chris Toh Pengasas Christal Image Academy sempena Beauty Expo Asia x Barber Expo Asia x Salon Expo Asia. Kami Salon, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. 14hb Ogos (Khamis)

Industri rambut dan kecantikan di Asia Tenggara bakal menyaksikan acara terbesar pernah dianjurkan apabila Barber Expo Asia, Salon Expo Asia dan Beauty Expo Asia 2025 digabungkan menjadi satu pameran mega pada 6 hingga 8 September 2025 di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan.

Dengan keluasan pameran mencecah 91,000 kaki persegi — empat kali ganda lebih besar berbanding edisi tahun lalu di Pavilion Bukit Jalil — acara ini dijangka menarik 10,000 hingga 15,000 pengunjung dari lebih 15 negara, melibatkan penyertaan 200 jenama tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan RetroBee Global Sdn. Bhd., Firdaus Aziz, berkata penggabungan tiga expo utama industri ini bakal menjadi platform sehenti terbesar bagi pemain industri gunting rambut, salon dan kecantikan di rantau ini.

“Acara ini bukan sekadar pameran produk, tetapi medan untuk komuniti berkumpul, bertukar ilmu, membina rangkaian perniagaan dan mencipta peluang baharu,” katanya.

Selain pameran, pelbagai aktiviti bakal memeriahkan acara termasuk pertandingan Barberlympix Asia 2025, demonstrasi langsung oleh pakar antarabangsa, bengkel ‘hands-on’, pertunjukan gaya rambut, sesi pendidikan dan persembahan pentas.

Salah satu tarikan utama adalah Forum Sphere, yang menampilkan tokoh perniagaan dan industri seperti Christy Ng (Pengasas Christy Ng Shoes), Datuk Ameer (Pengarah Urusan Mydin Holdings), Ardy Damis (Pengasas Nimroc Barbershop) dan Asyraf Kamal (Pengasas Kopi Saigon). Forum ini memberi fokus kepada peluang kerjaya, strategi perniagaan dan inspirasi kejayaan.

Bagi pemain industri B2B, expo ini membuka peluang menjalin kerjasama, memperluas pasaran, dan bertemu pembeli serta rakan strategik dari seluruh Asia. Untuk pengunjung B2C, ia merupakan peluang melihat teknologi terkini, mencuba produk baharu dan berinteraksi terus dengan jenama kegemaran.

Tahun ini, acara mendapat sokongan penaja utama myBarber dan Dyson, yang akan mempersembahkan teknologi inovatif dalam dunia grooming dan kecantikan.

Pendaftaran booth kini dibuka dan ruang terhad. Maklumat lanjut serta pengumuman tiket boleh diperoleh di www.barbersalonexpo.asia dan www.beautyexpoasia.com