Kes Zara Qairina: Ini 10 fakta penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Bukit Aman pada semalam telah mendedahkan laporan terperinci berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir yang antaranya menjawab pelbagai isu termasuk soal punca kematian dan penglibatan anak VIP.

Berikut merupakan 10 fakta penting dalam sidang media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar.

1. Laporan awal & status mangsa
Laporan polis dibuat oleh guru sekolah sejurus kejadian. Zara disahkan meninggal dunia keesokan hari dengan diagnosis kecederaan otak.

2. Punca kematian (dapatan awal)
Kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.

3. Ketidakpatuhan prosedur
Pasukan Petugas Khas Bukit Aman ke Sabah mendapati ketidakpatuhan pegawai penyiasat dalam permohonan bedah siasat. Tindakan tegas akan diambil.

4. Persetujuan tak buat bedah siasat oleh ibu
Terdapat persetujuan daripada ibu mangsa agar bedah siasat tidak dilakukan dan ditandatangani oleh ibu mangsa.

Dokumen ini dikeluarkan oleh pihak hospital dan disahkan oleh doktor patologi serta pegawai penyiasat polis (Surat Akuan Keengganan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri).

5. Arahan bedah siasat susulan
Selepas timbul pertikaian, AGC meminta bedah siasat dijalankan. Pada 10 Ogos, empat pakar patologi melakukan post-mortem.

Zara Qairina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama didiaminya pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

6. Dapatan bedah siasat
Keputusan selari dengan dapatan awal: Kecederaan otak akibat kekurangan oksigen/aliran darah; kecederaan dialami akibat jatuh. ‘The injury is sustained due to a fall.’

7. Inkues dipohon
Pada 12 Ogos, AGC dan polis sepakat memohon inkues. Sebab kematian sudah diketahui, tetapi inkues untuk menjawab mengapa/bagaimana kejadian (jatuh) berlaku. Siasatan task force berjalan selari untuk menilai kemungkinan unsur jenayah.

8. Berita palsu & tindakan
Polis membuka 15 kertas siasatan berkaitan penyebaran berita tidak sahih, seorang wanita 39 tahun ditahan. Dakwaan sensasi (contoh: “mesin basuh”) dikenal pasti sebagai palsu.

9. Isu dibuli
Siasatan task force juga merekodkan keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara.

10. Penglibatan VVIP
Sebanyak 82 percakapan diambil (termasuk pelajar, ada dipanggil semula). Siasatan polis tidak menemui sebarang kaitan dengan penglibatan vvip. Semua kecederaan telah diterangkan kepada keluarga serta peguam.

BACA JUGA Serangan ke atas anak Rafizi percubaan jahat, khianat: PMX