Solidariti untuk Faris dan Zara di Kota Bharu malam ini
Oleh LIYANA MARZUKI
Setiap pejuang keadilan akan faham.
A cry for justice for one victim should never cancel the cry for another.
Seruan keadilan untuk seorang mangsa.
Tidak akan membatalkan keadilan mangsa lain pula.
Malam ini kita bersolidariti untuk kedua-duanya.
Menuntut keadilan kuasa dua.
Untuk Faris dan Zara.
Dan untuk tolak segala bentuk buli di Malaysia.
Kedua-dua kes ini pelaku kemungkinan besar pelajar sekolah.
Di mana mereka belajar perangai membuli dan kekasaran ini?
Takkan mereka dapat ketika bayi?
Persekitaran dan orang dewasa sendiri yang mempengaruhi.
Buli fizikal, buli emosi dan buli siber sekali.
Ini semua puncanya. Anak-anak sudah jauh tersasar.
Buli sampai melibatkan nyawa.
Bukan api tetapi air
Kami sudah tekankan kepada penganjur utama, malam ini.
Jangan diberi solidariti ini ditunggang untuk ceramah politik dan propaganda politik benci. Jangan ada doa Qunut Nazilah kepada Kerajaan Pusat atau Negeri.
Kerana kami percaya kekerasan takkan diselesaikan dengan kekerasan.
Api, penyejuknya air.
Malam ini tema putih untuk Zara dan Faris.
Malam ini bukan untuk pejuang politik.
Malam ini untuk pejuang sivik dan pencinta negara bangkit bersama.
Kita berjuang untuk kembalikan keadilan buat kedua-dua mangsa.
Kita mahukan keharmonian kembali di Malaysia.
Kita juga tegaskan negara ini bukan sarang pembuli bermaharaja lela.
*LIYANA MAZUKI merupakan bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara.

BACA JUGA Boleh cecah RM100,000 sebulan, pengakuan Ruhainies ini jadi bualan