Apa kita mahu? Jangan biarkan kes Wan Ahmad Faris bungkus ikat tepi
OLEH LIYANA MARZUKI
Apa kita mahu?
(Justice may sleep but must never die)
Untuk Zara Qairina, kami berdiri bersama seluruh rakyat Malaysia. Kita hendak keadilan tertegak jua.
Sesungguhnya, kes ini dipantau peguam keluarga di Kota Kinabalu. Dari “all sisters and brothers in law” di sini kami bersolidariti penuh.
Kami percaya beliau akan lindungi mangsa, dan buat terbaik untuk keluarga.
Kami di sini pula, akan sentiasa dokong untuk lawan fakta separuh, berita palsu dan propaganda agar Peguam Tuan Hamid boleh bernafas dan habiskan kerja.
Doa dan sokongan kami sentiasa bersama.
Justice for Zara mesti berjaya.
Itu untuk Zara. Bagaimana pula dengan Faris?
Kes Faris sudah ke Mahkamah Koroner pada tahun 2016.
Mahkamah sudah putuskan: Faris bukan bunuh diri. Arwah dibunuh orang lain.
Bukti dan keterangan banyak di bawa ke mahkamah. Tapi 12 tahun, kes ini seolah terhenti.
Apa pasukan keadilan Wan Ahmad Faris buat?
1. Kes Jenayah
Sejak Februari, kami tulis ke pelbagai pihak: KDN, AGC, PMO, para Menteri. Desak siasatan dibuka semula.
Kes ini ditutup No Further Action (NFA) pada 2020. Keluarga hanya tahu pada 2024.
Alhamdulillah, bulan lepas menteri sahkan di Parlimen: Kes dibuka semula.
Masalahnya, fail masih di tangan pihak sama yang pernah tutup kes. Keluarga khuatir pengakhiran yang sama nanti. Kalau tiada intervensi.
2. Kes Sivil
Hujung Julai, kami fail saman sivil terhadap Kerajaan Malaysia, KDN dan PDRM. Plaintiff ialah Makcik Ani dan Pak Wan. Sebutan kes bermula 26 Ogos ini.
Saman terhadap sekolah, Yik dan kerajaan negeri juga sedang dimuktamadkan. Kalau depa lawan teknikal, main isu had masa. Habis kes Faris dibungkus ikat tepi.
APA KITA MAHU UNTUK FARIS?
Siasatan fresh eyes. Jangan pegawai lama, jangan negeri sama. Bawa masuk pasukan lain. HQ, atau negeri luar.
Bukti sudah ada. Saksi sudah ada. Perkara yang telah ditemui:
1. DNA dua orang lain di pelikat arwah.
2. Telefon dan SIM kad hilang — boleh trace siapa buat perbualan terakhir. Dengan siapa Faris bermasalah?
3. Saksi tidak pernah dipanggil. Pelajar dibuang sekolah, yang pernah ugut Faris. Mereka kini dewasa. Tekanlah, mungkin sudah ada rasa bersalah.
Makanya, sudah boleh digerakkan dan disiasat mendalam. Moga-moga ditemui pesalah.
Untuk kes sivil pula?
Keluarga mahu sekolah, YIK dan Kerajaan Negeri disaman dan menjawab. Ini bukan soal pampasan semata. Ini soal closure — penutup cerita untuk anak mereka.
1. Mengapa anak ditemui 4 hari selepas mati? Tiada roll call kah?
2. Mengapa cepat kata bunuh diri, walhal keadaan mayat bercanggah?
3. Mengapa tandas tempat kejadian diroboh selepas 2 minggu? Walaupun ibu bapa sedang lawan teori bunuh diri?
Semua ini boleh terjawab dalam mahkamah.Kalau kerajaan negeri benar simpati, biarlah YIK menjawab di mahkamah. Jangan disekat dan dihalang.
Jangan bagi kes Faris bungkus ikat tepi hanya kerana isu teknikal.
Itu yang kita hendak.
Sekarang kita akan mula lihat. Ada tak yang benar-benar ikhlas membantu. Atau hanya main wayang gambar.
Salam perjuangan,
TEAM JUSTICE FOR WAN AHMAD FARIS
[In truth. In thought. In service]
BACA JUGA Tolong bersama saya berjuang hingga akhir hayat – Ibu Wan Ahmad Faris