Budak ni buat perangai, dia langsung tak hormat keputusan Majlis Tertinggi

Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Loman Noor Adam membidas sikap Ketua Pemudanya, Akmal Saleh yang dianggap tidak menghormati keputusan Majlis Kerja Tertinggi parti kerana sering mendahului parti dan Presiden dalam mengeluarkan kenyataan terhadap kerajaan.

Beliau berkata, mereka boleh berlapang dada jika teguran itu ikhlas, namun Akmal telah menunjukkan ‘pattern’ sebaliknya dan paling ke hadapan dalam mengecam rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang lepas telah memutuskan kalau ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana individu selagi ianya bukan dikeluarkan daripada presiden parti atau sua parti, ianya tidak boleh dianggap sebagai kenyataan parti.

“Kalau pun ade kenyataan yang dikeluarkan oleh mana mana pihak dalam Kerajaan Perpaduan ini yang kita tak berpuas hati ianya perlu dirujuk di dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi ataupun merujuk kepada pihak parti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan

“Budak (Akmal) ni buat perangai. Maknanya dia langsung tidak menghormati  keputusan Majlis Kerja Tertinggi. Kerja dia hanya nak menghancurkan kerajaan ini supaya usaha untuk memecah-belahkan kita berjaya dan akhirnya PN akan mengambil alih kuasa,” katanya dalam satu sedutan video tular di TikTok.

Difahamkan video itu adalah video ulasan yang dimuat naik pada Disember 2024 dan ia kembali ditularkan oleh pengguna media sosial.

Dalam video itu juga Lokman mengkritik tindakan Akmal Saleh yang dianggap seperti sudah mengikut rentak pembangkang, pantang timbul isu sedikit terus menyerang kerajaan.

“Itu saya minta kawan-kawan dalam PH kena sedar, walaupun mereka ada jawatan dalam UMNO, they are actually not with us. They are with PN.

“Yang mana satu barua PN yang mana satu ikhlas bersama dengan kita. Mulut cakap demi agama bangsa dan negara tapi bila Pas buat silap, Bersatu buat silap, bisu,” katanya lagi.

BACA JUGA Lain macam risikan kali ini, netizen puji SPRM tumpaskan ‘jerung besar’