Terkini Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ambil alih siasatan kes anak Rafizi

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan mengambil alih siasatan membabitkan anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang dalam satu kejadian baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar yang mengesahkan bahawa siasatan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada JSJ Bukit Aman.

Menurutnya, penyerahan ini adalah selaras dengan keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Rafizi mendakwa anaknya telah diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali dan dicucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba.

Polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengenal pasti laluan yang digunakan dua suspek yang menaiki motosikal.

BACA JUGA Tolong bersama saya berjuang hingga akhir hayat – Ibu Wan Ahmad Faris