Singapura buka kolej pengajian Islam (SCIS)

Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong telah mengumumkan pembukaan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) yang terletak di sebelah kampus Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) di Rochor.

Pelajar di kolej tersebut akan dibenarkan mengambil kursus di SUSS dan kedua-dua pusat pengajian ini akan berkongsi kemudahan, umum Wong dalam ucapan Hari Kebangsaan beliau semalam.

“Ini akan membolehkan pelajar berinteraksi dengan lebih baik dan memperkayakan pengalaman hidup kampus mereka,” kata beliau.

Pelajar di SCIS akan dapat mengikut program sarjana muda sepenuh masa di dalam bidang Pengajian Islam atau Sains Sosial.

Pengambilan pertama SCIS ialah seramai 60 pelajar akan memulakan pengajian pada tahun 2028.

Buat masa ini kolej tersebut akan beroperasi dari Jalan Bencoolen sementara menunggu kampus Ronchor siap, umum Majlis Ugama Islam Singapura.

SCIS juga akan bekerjasama dengan institusi pengajian lain untuk program sarjana mudanya yang akan mengambil masa empat tahun.

Ini termasuk Dar al-Ifta di Mesir, Universiti Jordan, dan Universiti Al-Qarawiyyin di Maghribi.

SCIS turut menawarkan sijil pasca sarjana iaitu Islam di dalam Masyarakat Kontemporari untuk graduan antarabangsa yang mahu menjadi Ustaz.

Ia akan turut menyediakan Pusat Kajian Ummah Muslim Berjaya untuk pemimpin agama, asatizah yang berminat untuk mengkaji umat Islam.

Selain itu, Pusat Kebudayaan Melayu yang tutup buat sementara waktu sejak Oktober 2022 akan dibuka semula pada 25 April 2026.

Isu berkenaan Singapura sebelum ini menjadi hangat ketika pilihan raya negara tersebut ekoran tindakan beberapa individu dari parti pembangkang di Malaysia yang cuba berkempen untuk calon tertentu berdasarkan agama dan kaum.

BACA JUGA: Pantun Presiden Pas sesuai dituju kepada MB di negeri SG4