Suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh di mahkamah

Beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kes membuli arwah Zara Qairina Mahathir akan dituduh di mahkamah.

Perkara ini telah disahkan oleh Jabatan Peguam Negara menerusi satu kenyataan hari ini.

“Keputusan untuk menuduh suspek -suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang sedang berjalan,” kata Peguam Negara dalam kenyataan tersebut.

Ia juga tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM berhubung kematian Zara, tambahnya.

Pagi ini Menteri Dalam Negeri Datuk SeriSaifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa kes Zara sedang disiasat dari sudut buli, pengabaian dan gangguan seksual.

BACA JUGA: Kes Zara Qairina: Tiada usaha menutup atau melewatkan kes polis