Berikut perkataan, frasa yang diharamkan penggunaannya di Dewan Rakyat

Yang Dipertua Dewan Tan Sri Johari Abdul telah membuat keputusan mengharamkan penggunaan frasa ‘Pas parti ajaran sesat’ dan ‘kafir’ di Dewan Rakyat.

Frasa ‘Pas parti ajaran sesat’ telah digunakan oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) dalam sesi soal jawab minggu lalu.

Perkataan ‘kafir’ juga diharamkan penggunaannya kerana ia meningkatkan permusuhan sesama anggota parlimen/

Johari bimbang penggunaan perkataan dan terma tersebut akan mempengaruhi anak-anak muda yang menonton perangai ahli parlimen di Dewan Rakyat.

“Mengatakan bahawa Pas ialah parti ajaran sesat tidak membawa manfaat kepada sesiapa dan ia menyebabkan permusuhan. Ia sensitive.”

Perkataan ‘kafir’ pula sering disalah faham dan boleh mencetuskan perbalahan, jelas Johari.

BACA JUGA: Zahid bersuara kes pegawai kanan tentera jadi dalang sindiket penyeludupan