Jawatankuasa teknikal persediaan untuk PRN Sabah
Sebuah jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan untuk meneliti aspek kerjasama dalam kalangan parti-parti kerajaan perpaduan dalam mendepani PRN Sabah, umum ketua sekretariat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan.
Keputusan penubuhan jawatankuasa ini dibuat ketika mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam berdepan dengan PRN Sabah, Pakatan Harapan telah membentuk dua pakatan. Satu dengan GRS dan satu lagi dengan GRS memandangkan dua pakatan tersebut enggan bekerjasama.
BN Sabah tegas bahawa sebarang kerajasama dengan GRS hanya akan dipertimbangkan berdasarkan keputusan pilihan raya yang perlu diadakan menjelang bulan Disember.
Di peringkat Sabah, PH ialah sekutu GRS. BN bersama Warisan di dalam blok pembangkang.
Di peringkat persekutuan PH, GRS, BN, Warisan di dalam blok kerajaan.
Dalam pada itu, Asyraf turut menyatakan kajian pertengahan penggal pencapaian kerajaan perpaduan sedang dijalankan di peringkat Jemaah Menteri dan akan hasilnya akan dikemukakan kepada majlis untuk penilaian.
“Mesyuarat turut bersetuju untuk menilai pencapaian-pencapaian Kerajaan Perpaduan dan mengambil perhatian terhadap semua teguran terhadap kerajaan.
“Mesyuarat juga memberikan perhatian tentang usaha-usaha pemantapan ekonomi negara dan program-program untuk kesejahteraan rakyat.”
BACA JUGA: Kematian Zara Qairina: Suara DAP kurang keras?