Ketua Pemuda Umno, Bersatu antara individu yang akan dituduh di mahkamah
Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Mukamad Akmal Saleh akan dituduh di mahkamah besok di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Seksyen 505 (b) merujuk kepada perbuatan membuat, menerbit atau mengedar kenyataan dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam supaya seseorang itu melakukan kesalahan terhadap negara atau ketenteraman awam.
Perkara ini disahkan oleh Jabatan Peguam Negara.
Ia dipercayai berkaitan dengan kenyataan yang dibuat oleh Akmal di Pulau Pinang ekoran kejadian Jalur Gemilang terbalik.
Kenyataannya ada di laman Facebook Akmal Saleh.
Ketua Armada Bersatu Hilman Idham juga berdepan tuduhan di bawah seksyen 505(b).
Ia ekoran kenyataan yang dibuat susulan penahanan beberapa individu di IPD Dang Wangi setelah Himpunan Turun Anwar.
Selain dua tokoh politik ini, dua orang awam akan turut dihadapkan ke mahkamah.
Mereka ialah Siti Hajar Afiah Sharuddin dan Chandrasegaran Subramaniam yang lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra.
Siti Hajar juga berdepan tuduhan di bawah seksyen 505(b).
Cikgu Chandra pula berdepan tuduhan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh individu -individu tersebut didapati telah menggugat ketenteraman awaam atau merupakan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.
Jika disabitkan kesalahan, Akmal, Hilman dan Siti Hajar berdepan hukuman penjara selama dua tahun.
Untuk Cikgu Chandra pula, jika disabitkan kesalahan, berdepan denda tidak lebih RM25,000 atau penjara setahun.
BACA JUGA: PSM tolak pakatan pembangkang, ini sebabnya