Tuduh menteri ‘kencing’ kes Zara, guru pembangkang ini digesa dikenakan tindakan
Seorang guru lelaki jelas penyokong pembangkang apabila tiada adab menempelak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu kematian Zara Qairina Mahathir, 13.
“Sudah-sudahlah Datuk Seri Panglima Saifudin Nasution nak kencing (menipu) pun…,” kata guru berkenaan menerusi hantaran di Facebook.
Tangkap layar kenyataan biadab guru itu dikongsikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.
“Cikgu Ahzam Murobbi, betul ke cara adab menuduh tanpa bukti…??
“Seeloknya, pegawai TYT Sabah dan pegawai Menteri KDN buat laporan polis terhadap walaun seorang ni…
“Yang bukan-bukan je walaun ni…,” tulis Hasnul yang juga mantan Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu.
Semalam, Saifuddin Nasution menegaskan keadilan dan kebenaran dalam kes kematian Zara Qairina perlu berdasarkan fakta dan proses undang-undang yang sah, bukannya kenyataan separuh masak, tuduhan rambang atau sentimen emosi semata-mata.
Beliau menyifatkan video yang tular kononnya penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah itu mati akibat didera dalam mesin basuh, sebagai bentuk dakwaan jahat.
Malah, katanya, selepas penahanan seorang guru Bahasa Inggeris yang memuat naik video kononnya mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh sehingga tular, pendidik itu mengakui ia cuma kandungan.
Saifuddin berkata, hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil juga mendapati kematian pelajar Tingkatan 1 juga tidak mempunyai kaitan dengan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri seperti didakwa sesetengah pihak.
BACA JUGA Anwar adakan pertemuan dengan Pengerusi BN, GRS