Solidariti Wan Ahmad Faris gegar Kota Bharu, PMX pun dah bersuara
Oleh LIYANA MARZUKI
Dua hari berturut-turut beri tumpuan kepada kes Zara Qairina. Hari ini kita beralih pula kepada perkembangan kes Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman.
Berkat Solidariti Wan Ahmad Faris di Kota Bahru minggu lepas, ramai sudah buka mata.
Dengar ceritanya daripada rakan-rakan di Putrajaya, PMX juga sebut kes ini dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini.

Alhamdullilah, gembira Makcik Ani atau nama sebenarnya Ruhani Hussin, 70, iaitu ibu Faris.
Terima kasih seluruh rakan follower dan penduduk Kelantan yang turun Sabtu, 16 Ogos lepas. Tanpa anda, takkan kami dapat kes seviral ini.
Cari pesalah
Satu lagi kemenangan kecil, kami dijemput berjumpa dengan Setiausaha Politik Menteri Kementerian Dalam Negeri dan telah sampaikan permohonan agar kes jenayah Faris diambil oleh pasukan Ibu Pejabat PDRM.
Banyak lead bukti yang akan membantu cari pesalah. Harap diproses segera.
Pak Ya orangnya terbuka, lebih banyak mendengar dari berbicara. Beliau berjanji untuk tolong Faris dan keluarga.

Semalam, juga kami telah panjangkan secara rasmi surat kepada PDRM meminta perkara sama.
Terima kasih kepada rakan-rakan peguam yang rela meluangkan masa, mengorbankan wang dan mencurahkan keringat demi kes ini.
Setapak demi setapak, Insya-Allah… Setelah 12 tahun penantian, moga Allah memakbulkan doa ibu Faris.
*LIYANA MAZUKI merupakan bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara.
BACA JUGA MP Pas sertai solidariti Ketua Pemuda Bersatu, netizen sindir ingatkan kes ‘panas’