YWP Salur RM70,300 Bantuan Pendidikan & Khairat Kematian Kepada 94 Penerima

FB Live⦠Majlis Penyerahan Bantuan Awal IPT & Skim Prihatin, satu inisiatif CSR oleh YBrs. Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). Turut hadir Puan Nur Jalilah Md. Joha, Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Titiwangsa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dewan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur. 20hb Ogos 2025 (Rabu)

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus memperkukuh peranannya dalam menyantuni masyarakat apabila menyalurkan bantuan berjumlah RM70,300 menerusi Skim Bantuan Awal IPTA & IPTS serta Skim Khairat Kematian dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini.

Majlis penyampaian cek itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, YBhg. Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed, dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurut Dr. Abdul Basir, sebanyak RM55,300 diperuntukkan di bawah Skim Bantuan Awal IPTA & IPTS yang disalurkan kepada 79 pelajar institusi pengajian tinggi, dengan setiap pelajar menerima RM700 secara one-off bagi menampung perbelanjaan awal kemasukan ke universiti.

āSejak skim ini diperkenalkan, YWP telah menyalurkan lebih RM3.4 juta kepada seramai 5,291 pelajar dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan YWP dalam memperkasa pendidikan anak-anak Wilayah Persekutuan,ā katanya.

Selain itu, sebanyak RM15,000 turut disalurkan melalui Skim Khairat Kematian kepada 15 penerima sebagai usaha membantu mereka yang berdepan cabaran hidup mendesak.

āWalaupun bantuan yang diberikan mungkin tidak besar, namun ia mampu memberi sinar harapan, semangat baharu dan peluang untuk para penerima membina masa depan yang lebih baik,ā ujar beliau.

Dr. Abdul Basir turut merakamkan penghargaan kepada DBKL, badan korporat, NGO serta individu penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan dalam menjayakan agenda kebajikan YWP.

Beliau dalam masa sama menyeru lebih banyak pihak swasta untuk bersama-sama menyokong inisiatif kebajikan yang dijalankan demi membangunkan masyarakat yang inklusif, sejahtera dan berdaya saing. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Puan Nur Jalilah Md. Joha, Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Titiwangsa DBKL, barisan pengurusan YWP serta wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Puan Nur Jalilah Md. Joha, Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Titiwangsa DBKL, barisan pengurusan YWP serta wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
