Buat pemeriksaan kesihatan atau nama dipapar di ‘website’ Parlimen – Speaker
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberi peringatan kepada semua Ahli Parlimen supaya segera membuat pemeriksaan kesihatan.
Beliau memberi amaran sekiranya peraturan tidak dipatuhi, nama wakil rakyat terbabit akan dipaparkan di laman sesawang Parlimen.
Johari memaklumkan, surat sudah pun dihantar kepada semua Ahli Parlimen supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Saya telah bekerjasama dengan Menteri Kesihatan. Saya sudah utus surat kepada semua ahli yang berhormat untuk membuat check up.
“Saya dah bagi deadline dan siapa ahli berhormat yang tidak buat check-up saya akan naikkan nama anda di website.
“Nak pastikan YB sihat, boleh berdegar-degar di Dewan. pastikan sihat,” katanya.
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 November ini.
BACA JUGA Fitnah Khalid: Rafidah jangan mengelak lagi, sila datang mahkamah 2 Sept