Ikut model ini, pemaju perumahan akan terima insentif

Kerajaan akan menawarkan insentif kepada para pemaju perumahan yang mengamalkan model bina dan jual sebagai usaha untuk menyahkan projek perumahan terbengkalai menjelang ahun 2030.

Insentif-insentif tersebut sedang diperincikan di bawah Rancangan Malaysia ke-13.

“Para pemaju yang berjaya melaksanakan pendekatan ina dan jual akan menerima insentif kerajaan. Dasar baharu ini akan diumumkan selepas Bajet 2026,” katanya kepada wartawan dalam acara makan malam Persatuan Pemaju Perumahan malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan rancangan kementeriannya untuk membentangkan RUU Pembangunan Semula Bandar demi kebajikan awam.

“Pembangunan semula bandar ialah keutamaan negara dalam memperbaiki kesejahteraan an pembandaran yang mapan.”

Setakat ini lebih 105 sesi libat urus telah diadakan dengan pemegang taruh, termasuk kerajaan negeri, pemain industri, akademik dan persatuan penduduk.

BACA JUGA: RXZ Members: Ini ke punca Ahmad Samsuri ‘merajuk’?