Keterjaminan ikan: Dana khas diperlukan, tapi untuk apa?

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mahu kerajaan memperuntukkan dana khas menerusi Belanjawan 2026 untuk nelayan berhenti menggunakan pukat – pukat yang diharamkan untuk menangkap ikan.

“Kerajaan telah mengharamkan penggunaan pukat tertentu yang membunuh sumber perikanan demi keterjaminan makanan.

“Walau bagaimanapun, ramai nelayan masih menggunakan pukat haram,” kata pengerusinya Faiz Fadzil dalam satu wawancara baru-baru ini.

“Oleh itu kerajaan perlu memberi dana khas menerusi belanjawan bagi membolehkan nelayan menukarkan pukat,” yang jug setiausaha agung AMANAH.

Beliau berkata demikian sebagai balasan kepada persoalan bagaimana kerajaan boleh memastikan spesies-spesies ikan tertentu boleh terus membiak tanpa diancam oleh penangkapan ikan secara drastik.

Kadar sara diri (SSR) perikanan di Malaysia adalah tinggi iaitu 90.7 peratus.

Walau bagaimanapun penangkapan ikan tertentu secara intensif mengancam keberadaan ikan – ikan tersebut di perairan negara kita.