Seiring Aspirasi Malaysia MADANI, LKIM Mantapkan Agenda Kebajikan Nelayan

FOTO BERITA: Majlis Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM YBhg. Tuan Haji Muhammad Faiz Fadzil Majlis & Perasmian Pembukaan Restoran Muara Steamboat & Grill dan Lamansari Grand Hall serta di Lot Pt 85,@ Bagan Pasir Penambang Kuala Selangor Selangor. 24hb Ogos 2025 (Ahad)

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tuan Muhammad Faiz Fadzil, telah menyampaikan Mock Cheque bagi Program Pembangunan Fasiliti Perikanan Komuniti Nelayan untuk membaikpulih lima (5) buah jeti LKIM, Mock Cheque bagi Kerja-kerja Berkaitan Pengesahan Tapak, Membina, Menghantar, Mengangkut dan Melabuh Unjam di Perairan Selangor dan Mock Cheque bagi Bantuan Rumah Nelayan Laut B40 iaitu Bina Baru dan Baikpulih rumah nelayan.

Bantuan ini telah disampaikan dalam Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM dan Perasmian Pembukaan Restoran Muara Steamboat & Grill Dan LamanSari GrandHall. Diharapkan dengan penambahan daripada pelbagai bentuk bantuan yang telah diberikan oleh LKIM kepada golongan sasar dapat melahirkan masyarakat nelayan yang lebih berdaya saing, dapat meningkatkan taraf hidup serta berpendapatan tinggi di Selangor.

Dalam majlis ini sebanyak RM 207,700.00 telah diperuntukkan bagi baikpulih jeti LKIM iaitu Kerja-kerja Membaikpulih Titian Laluan Pejalan Kaki Kayu, Kemudahan Perikanan serta kerja-kerja berkaitan di Jeti Nelayan LKIM Tongkah, Morib bernilai RM 37,500.00

Kerja-kerja Membaikpulih Titian Laluan Pejalan Kaki, Kemudahan Perikanan serta kerja-kerja berkaitan di Jeti Nelayan LKIM Sungai Kurau, Pulau Carey bernilai RM 32,000.00

Kerja-kerja Membaikpulih Titian Laluan Pejalan Kaki Kayu, Kemudahan Perikanan serta kerja-kerja berkaitan di Jeti Nelayan LKIM Sri Tanjung, Sijangkang bernilai bernilai RM 40,000.00

Baik pulih titian nelayan di Tanjong Keramat, Kuala Selangor bernilai RM 48,000.00 dan membina bangsal nelayan serta kerja berkaitan di Jeti Nelayan LKIM Sungai Yu bernilai RM 50,200.00

Selain itu, sejumlah RM 250,000.00 telah diperuntukan bagi Program Pembesaran Unjam-Unjam Bagi Komuniti Persatuan Nelayan di Negeri Selangor untuk Kerja-kerja Berkaitan Pengesahan Tapak, Membina, Menghantar, Mengangkut dan Melabuh Unjam di Perairan Selangor yang melibatkan 15 unit unjam.

Manakala program Bantuan Nelayan Inisiatif B40 Belanjawan, Program Khas Perumahan Nelayan (PKPN) tahun 2025, jumlah keseluruhan bantuan diperuntukan ialah RM 520,000.00 yang melibatkan lima (5) unit rumah bina baru berjumlah RM 420,000.00 dan juga lima (5) unit baikpulih rumah berjumlah RM 100,000.00 di Selangor.

YBhg. Tuan Muhammad Faiz Fadzil dalam ucapannya menegaskan agar nelayan akan lebih proaktif dalam usaha memodenkan teknik penangkapan ikan dengan menguasai teknologi perikanan terkini. la bertujuan bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan sekaligus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan.

Selain penyerahan bantuan, YBhg. Tuan Muhammad Faiz Fadzil juga telah merasmikan pembukaan Restoran Muara Steamboat & Grill dan LamanSari Grandhall di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Selangor. Turut hadir dalam program ini, Puan Siti Hawa Delaila Binti Tukiran, Pengarah LKIM Negeri Selangor, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai dan Kakitangan LKIM serta Barisan Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Selangor serta serta nelayan-nelayan negeri Selangor.

Restoran Muara Steamboat & Grill yang mula beroperasi pada 14 Mei 2025 di Medan Ikan Bakar, Kompleks LKIM Kuala Selangor telah mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung. Dalam tempoh hanya tiga bulan, lebih 12,000 pelanggan telah mengunjungi restoran ini yang terkenal dengan pemandangan laut mempesonakan serta konsep hidangan steamboat atau hot pot “all you can eat buffet”.

Diasaskan oleh Dato’ Jeffery Ahmad bersama Datin Marianie Morshidi, restoran ini menawarkan lebih daripada 100 menu hidangan, lengkap dengan kemudahan surau dan tandas, serta mampu menampung sehingga 350 pelanggan pada satu masa. Dengan harga berpatutan iaitu RM39.90 bagi dewasa dan RM25.90 bagi kanak-kanak, restoran ini dibuka setiap hari dari jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Turut dirasmikan pada majlis yang sama ialah LamanSari GrandHall, sebuah dewan serbaguna di tingkat dua kompleks berkenaan yang mampu memuatkan sehingga 1,000 tetamu pada satu masa. Dewan ini dijangka menjadi tarikan baharu bagi pasangan pengantin untuk meraikan hari istimewa mereka dengan pelbagai pilihan makanan dan fasiliti moden.

tTurut dirasmikan pada majlis yang sama ialah LamanSari GrandHall, sebuah dewan serbaguna di tingkat dua kompleks berkenaan yang mampu memuatkan sehingga 1,000 tetamu pada satu masa. Dewan ini dijangka menjadi tarikan baharu bagi pasangan pengantin untuk meraikan hari istimewa mereka dengan pelbagai pilihan makanan dan fasiliti moden.