Siapa sebenarnya tekan rakyat Kedah dengan kenaikan tarif air, premium tanah?
Naib presiden AMANAH Datuk Seri Mahfuz Omar menempelak tindakan DUN Kedah yang meluluskan semakan semula peluasan SST sedangkan masalah sebenar rakyat Kedah berpunca daripada kenaikan tarif air dan premium tanah.
“Usul yang dibawa dan diluluskan di DUN Kedah yang membantah Semakan semula perluasan SST hanyalah gimik politik murahan. Hakikatnya, SST 8% hanya dikenakan pada barangan mewah, bukan barang asas harian.
“Beras, minyak masak, gula, tepung, sayur dan ikan tidak terlibat langsung. Jadi hujah kononnya rakyat marhaen terbeban adalah pembohongan semata-mata.
“Masalah sebenar rakyat Kedah ialah keputusan kerajaan negeri sendiri pimpinan MB Sanusi dan Pas yang menaikan tarif air dan premium tanah yang semakin menekan petani, peneroka kecil, malah pemaju kecil. Dua isu ini langsung tidak ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mahfuz berkata kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu cuba lari daripada tanggungjawabnya.
“Jelas bahawa kerajaan negeri Kedah cuba lari daripada tanggungjawab dengan mengalih perhatian rakyat kepada isu SST. Kalau benar prihatin, mengapa diam seribu bahasa bila rakyat mengeluh tentang air dan premium tanah?
“Ini dikatakan tidak bebankan rakyat sedangkan semakan semula SST untuk barang mewah. Adakah Adun Kedah merupakan pengguna barang mewah yang di naikan SST.Nampaknya Adun PAS/PN Dun Kedah bukan ketahuan kepala ekoq.
“Walaupun kenaikan tarif air adalah dengan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) namun terpulang kepada kerajaan negeri nak tentukan naik atau tidak dan kadar kenaikan.
“Masalahnya Kerajaan Kedah pimpinan MB Sanusi hanya tahu mempersoalkan semakan semula SST yang dikenakan pada barangan mewah.
“Tak salah nak naik tapi jangan hanya pandai menyalahkan kerajaan persekutuan. Kerajaan semak semula SST untuk pulangkan kembali pada rakyat khususnya Asnaf dan B40. Kerajaan Kedah pulangkan Apa.
Beliau menegaskan bahawa air dan tanah adalah keperluan asas setiap rakyat manakala peluasan SST hanya melibatkan barangan mewah.
“Siapa sebenarnya yang menekan rakyat? Jawapannya ada di Wisma Darul Aman, bukan di Putrajaya.”
BACA JUGA: Minda Khawarij Hadi Awang