Berapa kematian sepanjang program RXZ Members 7.0?

Bukit Aman memaklumkan sebanyak lima kematian telah direkodkan membabitkan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung minggu lalu di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Terengganu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu, kemalangan berlaku pada Jumaat lalu iaitu sebelum perhimpunan sehingga Ahad.

“Setakat ini kita terima laporan lima kes kematian akibat kemalangan maut ketika dalam perjalanan pergi dan balik himpunan RXZ pada tahun ini,” katanya kepada media.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang menunjukkan sikap positif selain memberi kerjasama yang baik kepada polis khususnya kepada JSPT