Masjid hanya umpan derma? Rumah isteri muda siap dulu, pak ustaz mana pula ni?

Masjid yang dilancarkan tetapi rumah isteri muda yang siap dahulu. Itu antara pendedahan pengguna Facebook, Rosli Ismail mengenai ‘permainan’ seorang individu bergelar Ustaz di Pahang.

Beberapa buah kediaman dan premis yang dibina kononnya untuk tujuan pendidikan dan kebajikan akhirnya digunakan bagi kepentingan peribadi dan keluarga.

Antaranya, termasuk sebuah pondok tua di Kuala Penor yang dikatakan asalnya untuk isteri pertama.

Namun, menurut Rosli, kediaman itu kini hanya dihuni keluarga ustaz berkenaan dengan jumlah pelajar hanya 11 orang sahaja.

Lebih mengejutkan, jelasnya, bil elektrik pondok tersebut sering ditanggung melalui derma yang didakwa lebih banyak dimanfaatkan untuk keluarga berbanding pelajar.

Rosli turut mempersoalkan Rumah Tamu Annur di hadapan tapak pasar malam Kampung Peramu, Kuantan yang dikaitkan dengan isteri kedua ustaz berkenaan.

Selain itu, sebuah rumah baharu di tapak tanah wakaf di Pantai Sepat dikatakan dibina khusus untuk isteri ketiga ustaz yang kerap tampil dengan imej berjubah dan berserban itu.

“Atas tanah wakaf boleh ke buat rumah untuk isteri? Mana pewakaf tanah? Masjid yang dilancarkan dulu tapi rumah isteri muda yang siap dulu?

“Adakah masjid hanya sebagai kolam pancing duit derma?

“Katanya tapak wakaf di Pantai Sepat untuk buat Kolej Islam tetapi kemudian bertukar jadi rumah orang tua? Kemudian bertukar jadi chalet untuk orang kaya pula yang ada duit untuk derma?

“Atau untuk pak ustaz planning hari tua? Katanya ada yang sudah menderma untuk pembinaan tetapi tiada tapak pun dibina atas wakaf mereka?

“Ada yang tarik diri tetapi tiada dapat kembali duit mereka? Apakah seorang pak ustaz mampu buat kerja macam ni?” tempelak Rosli lagi.

BACA JUGA Pelajar terjatuh di asrama sekolah, masyarakat diseru elak sebar berita palsu