Nama dan gambar anak bekas PM didakwa terlibat dadah tersebar
Sejak semalam, berlegar di media sosial mengenai identiti seorang lelaki yang dikatakan anak kepada bekas Perdana Menteri yang ditahan pihak polis baru-baru ini kerana disyaki memiliki dadah.
Bukan sahaja nama tersebar bahkan gambar lelaki berkenaan turut tersebar.
Orang ramai terus memperkatakan tentang kes berkenaan dan menantikan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa.
Pada masa sama, Instagram milik anak kepada bekas PM itu pula jadi sasaran. Netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai persoalan, masih cuba dapatkan kepastian sama ada dia memang orang yang ditahan atau sekadar fitnah semata-mata.
Terdahulu seorang lelaki berusia 20-an, yang disyaki anak kepada bekas Perdana Menteri, ditahan polis semasa operasi pencegahan di Lebuhraya Sprint berhampiran Plaza Tol Damansara pada 24 Ogos lalu.
Polis menemui heroin (dianggarkan sekitar 3 gram) dan beberapa peralatan berkaitan penyalahgunaan dadah dalam keretanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, telah mengesahkan penahanan itu, namun enggan tidak nama atau maklumat lanjut individu terbabit.
Lelaki itu dipercayai mempunyai dua rekod lampau yang berkaitan dengan kes dadah.
BACA JUGA Pegawai kanan gred Jusa B PBT ditahan terlibat rasuah sejak 2014