Pernah duduk dalam JPM, masakan MP Pas tidak tahu integriti TH?
OLEH MOHD SAYUTI OMAR
Deep state dalam JPM?
Pembangkang mahu apa lagi.
Perdebatan mengenai isu penjenamaan semula Tabung Haji (TH) masih belum ada noktam.
Hari ini dilaporkan pula yang wakil Pas yang tidak berpuas hati dengan penjelasan dan justifikasi diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar sebelum ini.
Wakil itu bangkit mencelah kononnya dia ada bukti baru yang sulit menunjukkan penjelasan Na’im itu tidk betul.
Sambil mengakui tuduhan TH telah peruntukan RM20 juta untuk rebranding, wakil Pas Pengkalan Chepa mengakui angka disebut sebelum ini RM20 juta adalah lebong.
Sebalik katanya dari maklumat sulit terbaru diperolehi, kos penjenamaan itu bernilai RM18 juta, lebih tinggi ketimbang jumlah disebut menteri agama sebanyak RM5.9 juta.
Apa sebenarnya wakil Pas ini inginkan disebalik polemik mengenai TH ini yang implikasinya boleh memalukan umat Islam negara ini.
Apakah ia benar benar ingin menjaga syariat Islam dan maruah TH atau sengaja mahu jadikan ia isu politik murahan dimana pembangkang (PN) telah melantiknya sebagai duta TH untuk mengorek dan mereka cerita TH untuk damegekan kerajaan?
Apakah untungnya mendebatkan soal itu, sedangkan pihak TH (menteri agama) telah menjelaskan hal itu dalam parlimen sebelum ini.
Apa dilakukan wakil Pas itu yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, seolah-olah tidak mempercayai dan meragui kepada pengurusan TH waktu ini.
Beliau pernah berada di situ masakan dia tidak tahu sejauh mana integriti dan profesionalisme TH, syarienya TH, melainkan semasa beliau di situ dahulu beliau tidak menghormati peraturan dan profesioinalisme yang digariskan.
Biasanya perasaan jahat itu tumbuh dari hati orang yang melakukan kesalahan seperti memakai plat dan cukai jalan palsu dan sebagainya.
Jika difahami secara otak digin tidak ada apa yang perlu diperdebatkan, masih ada perkara lain yang boleh dijadikan modal atau perkara yang boleh memperbaiki TH.
Dan dengan keperibadian menteri yang lemah lembut dan terbuka boleh sahaja wakil Pas itu buat temu janji mengunjunginya di pejabat dan perbetulkan secara berakhlak apa-apa yang catat demi kebaikan Islam, buka digeger gegakkan di khalayak.
Jika sulit untuk bertemu Na’im saya boleh bantu aturkan.
Apa menarik di sini, menurut wakil Pas itu dia ada maklumat SULIT yang diterimanya berhubung jumlah kos penjenamaan semula TH itu.
Dari mana dan pihak mana yang membekalkan maklumat SULIT itu kepadanya.
Tidak mungkin ia diperoleh daripada syarikat yang diberikan projek rebranding itu. Yang pasti maklumat itu datang dari dalam.
Di sini menunjukkan bahawa ada hantu atau tali barut dalam TH yang bersikap duri dalam daging atau musang berbulu ayam dalam TH.
Mungkin musang itu peninggalan hasil didikan oleh pihak yang mengurus TH sebelum ini.
Justeru perlu untuk menteri agama mengarah diadakan siasatan dalam secara menyeluruh untuk mengenali pasti siapa bertanggungjawab menyebarnya, sekiranya maklumat itu benar. Menyimpan musang dan hantu, berbahaya buat institusi itu.
Sebaliknya jika makluamt itu hanya rekayasa (palsu) untuk memprovok TH dan sengaja mencipta naratif negatif kepada kerajaan, lupakan sahaja pertikaian wakil Pas itu dan biarlah dia meroyan sendiri.
Cuma apa hendak ditegaskan tidak mustahil ada haiwan ternakan pembangkang dalam instiusi itu yang sudah pun diketahui lama dan mereka pandai pula bermuka-muka dengan Menteri.
Haiwan ternakan inilah juga yang mewujudkan keadaan “deep state” dalam Tabung Haji dan juga Jakim. Keadaan deep state ini perlu ditangani segera dengan tuntas, jika tidak ia boleh mengganggu warga setia TH dan Jakim.
BACA JUGA Dewan Rakyat kecoh bila MP Hulu Terengganu pertikai pakaian Azalina