Sedekad AMANAH hidupkan semula idea Islam Rahmatan Lil Alamin

Oleh ZAINAL LUTFI

“Islam Rahmatan Lil Alamin”

Itulah slogan AMANAH.

Konsep dalam slogan itu sebenarnya agak kompleks. Bahkan, ada ahli AMANAH sendiri yang tidak faham apa maksud slogan itu.

Kita ingin bawa Islam yang lebih realistik, lebih pertengahan (wasathiyyah), lebih rasional, bijaksana, tenang-tenang dalam tegas, cool, sempoi, ada kemegahan (izzah), lebih berkasih sayang, lebih prihatin, dan lain-lain.

Bukannya Islam yang ganas, fikir melulu, suka menghukum tanpa bahas, mob mentaliti, superiority complex, dan lain-lain. Bukan.

Nak bahas slogan itu, buat program seminggu pun belum tentu akan habis dikupas.

Masa menang dalam PRU14, sempat dibawa sekejap oleh Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Sayangnya sekejap.

Selepas PRU15, konsep ini dibawa oleh mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. Sampai terciptanya idea Rahmah.

Senang saja konsep tu, kita bantu orang susah tak kira kita buat bisnes apa. Orang susah ada ruang untuk rasa sama-sama apa yang kita jual ikut pada kemampuan dia.

Masih banyak lagi Rahmah dalam bisnes. Sekarang tengah tular Axia Rahmah. Kereta basic untuk orang yang memerlukan.

Sekarang, agak sunyi idea Islam Rahmatan Lil Alamin. Pemimpin AMANAH pun sudah kurang sebut. Ahli apatah lagi.

Harapnya Sedekad AMANAH dapat hidupkan semula idea Islam Rahmatan Lil Alamin.

BACA JUGA PSB: Bila ajak bincang tidak datang, sekarang bising di luar