Terkini mahkamah perintah kubur pelatih Palapes digali semula

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin digali semula bagi menjalani bedah siasat kedua

Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ibu pelatih berkenaan, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.

Semalam Hakim telah mendengar hujahan daripada tiga pihak iaitu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebagai responden pertama dan kedua serta ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun selaku pemohon.

Sinar Harian melaporkan, ketua polis negara selaku responden pertama akan menyelia proses penggalian semula jasad Syamsul Haris di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Shah Alam.

Hakim mengarahkan pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur menjalankan bedah siasat di depan pakar patologi forensik kanan, Dr Bhupinder Singh dan peguam dilantik keluarga atau wakil dari Tetuan Naran Singh & Co dalam tempoh 14 hari selepas penggalian.

Laporan bedah siasat perlu dikemukakan dalam tempoh munasabah dan salinan laporan diberikan kepada peguam keluarga.

BACA JUGA Nama dan gambar anak bekas PM didakwa terlibat dadah tersebar