Ke mana RM1.2 juta hasil derma pondok terbakar? Banyaknya kereta mewah dan isteri ustaz ini

Seorang ustaz didakwa menyeleweng dana derma orang ramai berjumlah kira-kira RM1.2 juta, kononnya dikutip untuk membantu sebuah pondok yang terbakar.

Pengguna Facebook, Rosli Ismail mendakwa ustaz di Pahang itu turut memiliki pelbagai kereta mewah termasuk EV BYD, Toyota Vellfire, Mercedes-Benz dan Honda.

“Siap beli tempat nombor plat “UMS” sempena namanya katanya, kan?

“Kenapa perlu bermewah dengan duit derma ni, bah? Rosak imej pak ustaz lainnya..,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Rosli juga mendakwa dana derma itu digunakan untuk menaja salun milik isteri muda ustaz berkenaan di Kota Kinabalu yang akhirnya menanggung kerugian hampir RM70,000.

Selain itu, katanya, sebuah restoran di Peramu turut dibuka dengan perbelanjaan hampir RM300,000 semata-mata bagi ‘mencairkan’ wang derma berkenaan.

Sehingga kini, jelasnya, tiada audit rasmi dijalankan terhadap penggunaan dana tersebut.

Dalam masa sama, ujar Rosli, sumber sahih turut mendakwa ustaz berkenaan mempunyai seorang isteri bersama dua anak di Sabah.

“Siapakah yang menanggung keluarga tersebut? Berapa orang isterinya pak ustaz ini?” soal Rosli lagi.

Lebih mengejutkan, ustaz tersebut turut dikatakan memiliki isteri di beberapa tempat lain termasuk Brunei, Filipina dan terbaharu di Pekanbaru, Indonesia.

BACA JUGA Masjid hanya umpan derma? Rumah isteri muda siap dulu, pak ustaz mana pula ni?