Ketika Pas demo bantah PSB, video pemimpin Pas promosi pembangunan semula bandar tersebar

Ketika pemuda Pas mengadakan himpunan membantah Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar, tersebar satu video lama pemimpin parti itu yang mempromosi pembangunan semula bandar.

Dalam satu video pada Julai 2020, Menteri Wilayah Persekutuan waktu itu Tan Sri Annuar Musa menyatakan kerajaan telah membuat ketatapan untuk melaksanakan RUU PSB bagi menggantikan perumahan rakyat yang usang dengan unit baru.

Sama juga pada September 2022, Menteri Wilayah waktu itu Datuk Seri Shahidan Kassim turut bercakap mengenai pembaharuan semula bandar.

Laman Facebook Jabatan Wilayah Persekutuan turut memuat naik artikel Shahidan pada tarikh itu mengenai 30 kawasan di Kuala Lumpur telah dikenal pasti untuk pembaharuan semula.

Susulan itu pengguna media sosial menyatakan rasa hairan mengapa Perikatan Nasional (PN) bersungguh-sungguh mahu membantah usaha kerajaan hari ini untuk melaksanakan perkara yang sama seperti mereka rancangkan dahulu.

Mereka juga berharap penyokong tegar pembangkang celik mata melihat perkara sebenar.

BACA JUGA Penduduk flat KL serah memo kepada menteri minta percepat RUU PSB