Lagi Qunut Nazilah dibaca, lagi makmur negara dengan berita baik

Di sebalik kecaman pembangkang yang sering menggunakan Qunut Nazilah untuk menyerang Kerajaan Perpaduan, lagi makmur negara dengan berita baik.

Terbaharu, rakyat dikejutkan dengan kejayaan Petronas membuat dua penemuan eksplorasi baharu di perairan Malaysia.

Syarikat minyak dan gas nasional itu berkata, penemuan itu adalah di telaga Lebah Emas-1ST1 dan telaga Megah-1.

Kejayaan ini amat penting kerana ia meluaskan pangkalan sumber hidrokarbon Malaysia dan mengukuhkan portfolio domestik negara untuk jangka masa panjang.

Pelantar minyak Petronas – Gambar hiasan

Mengulas berita mengenai kemakmuran negara ini, TikTokers Edy Noor Reduan berpendapat kedua-dua telaga minyak itu berjaya ditemui Petronas walaupun pembangkang telah beberapa kali membacakan Qunut Nazilah seolah-olah hendak menghancurkan kerajaan sedia ada.

“Sebab itulah Islam tidak pernah mengajar melaknat sesame Muslim.

“Sedangkan nak panggil orang kafir itu kafir pun tidak dibenarkan dalam Islam apatah lagi hendak mengkafirkan orang Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan ikhlas demi negara ini.

“Paling penting jaga keharmonian dan tolak segala hasutan,” kata Edy lagi.

@edynoorreduan

Alhamdulillah, lagi depa baca, lagi barokah negara.. Semoga Kerajaan Madani terus subur mengangkat martabat agama dan bangsa

♬ original sound – Gerry Soundtracks

BACA JUGA Sanaa diserang lagi, Israel dakwa PM dan beberapa pemimpin Yaman terbunuh