Inkues Zara Qairina: Prosedur dan substans kena adil, lengkap
Oleh LIYANA MARZUKI
Apa berlaku hari pertama prosiding inkues Zara Qairina Mahathir?
Dalam setiap kes undang-undang, dua perkara perlu dijaga – prosedur dan subtans iaitu proses & bukti.
Untuk inkues Zara hari ini, saya akan kupas dua-dua sekali.
- PROSEDUR
📌 Mengapa ada pertukaran Koroner?
Koroner sebelum ini, Puan Azreena Aziz, tarik diri kerana tinggal di Papar, kawasan sekolah Zara.
Walaupun beliau tidak kenal keluarga atau saksi, ia tetap boleh jadi isu persepsi berat sebelah.
Maka Mahkamah Tinggi minggu lepas, arah semua keputusan awal beliau dibatalkan termasuk terima masuk Peguambela OKT.
Semua permohonan kena didengar semula oleh Koroner baharu.
Hari ini, koroner baharu – Hakim Amir Shah Amir Hassan, ambil alih prosiding.
Beliau yang akan tentukan siapa boleh masuk sebagai “pihak berkepentingan” dan bagaimana prosiding dijalankan.
📌 Siapa pihak berkepentingan?
Hari pertama inkues, Hakim Koroner baru buat keputusan penting:
🟦 1. Bapa Zara dibenarkan jadi pihak berkepentingan.
Walaupun berpisah dengan ibu Zara sejak 2018, beliau tetap ayah kandung. Beliau nyatakan beliau hanya dapat tahu cerita anaknya melalui berita dan media sosial.
Jadi, beliau perlu masuk dalam prosiding inkues untuk tahu maklumat secara terus.
✅ Mahkamah benarkan hak seorang bapa untuk dapat maklumat rasmi dan bertanya soalan di mahkamah.
🟦 2. Peguambela 5 remaja tertuduh buli juga dibenarkan.
Ini bukan bermakna mereka “dibersihkan”, tetapi prinsip natural justice – semua pihak yang boleh terkesan mesti diberi ruang.
✅ Mereka boleh hadir, bertanya saksi, dan lihat dokumen, tapi dalam batas inkues.
Kalaulah ada bukti atau saksi buli atau pembunuhan, Peguambela boleh tanya soalan.
Itulah konsep natural justice. Setiap yang terkesan, perlu diwakili. Tak bolehlah dia terasing, tak tahu menahu apa terjadi.
🟦 Sabah Law Society (SLS) juga dibenarkan, sebab kes ini sudah jadi isu kepentingan awam. Ini Persatuan Peguam Sabah yang mahkamah terima sebagai pihak2.
Makanya mereka boleh pantau dan semak dan imbang TPR dan Peguambela OKT juga.
🟦 AGC / Pendakwa Raya memang automatik hadir untuk memimpin prosiding dan menjaga kepentingan awam.
👉 Keputusan masukkan banyak pihak akan buatkan inkues telus, kita patut raikan.
Dari segi prosedur, semua pihak berkepentingan diberi ruang.
✅ Peguam Ibu dan Peguam Ayah.
✅ Peguambela OKT dan Peguam Sabah Bar.
✅Koroner dan TPR.
Ada lebih 20 orang peguam kesemuanya dalam prosiding Inkues ini. Punya ramai yang akan mendengar dan memantau.
Makanya, janganlah kita terlampau risau. Ramai yang akan mengawasi dan melindungi mangsa.
- SUBSTANS
Sekarang selepas proses disusun, mari kita lihat pula isi kes.
Apa kata saksi pertama?
Saksi pertama: Doktor forensik
Dr Jessie Hiu, pakar forensik yang buat post mortem pada Zara, jadi saksi pertama.
Apa yang beliau kata?
♦️ Zara memang jatuh dari tempat tinggi.
♦️ Tidak mungkin sekadar tergelincir.
♦️Tidak ada tanda dipukul.
♦️Tidak mungkin ditolak juga.
Ini seolah-olah mahu mengatakan Zara terjun sendiri.
👉 Namun, penemuan ini tidak konklusif kerana ahli patologi hanya boleh cerita dari sudut sains perubatan.
Mengapa tidak boleh berhenti pada doktor sahaja?
Inkues bukan sekadar dengar satu laporan. Mahkamah perlu lihat bukti berlapis:
♦️Keterangan saksi pelajar dan guru.
♦️Sejarah Zara di sekolah – buli, ugutan, konflik.
♦️Dokumen polis dan sekolah.
♦️Lawatan ke lokasi (tapak asrama pada 11 September).
Semua ini akan dinilai dan diperhalusi bersama.
Koroner akan putuskan dari banyak sudut.
Belajar dari kes Faris
Dalam kes Wan Ahmad Faris:
♦️ Doktor kata: mati gantung diri (bunuh diri).
♦️ Polis kata: mati mengejut.
♦️ Tetapi selepas dengar saksi, bukti sekitar, ugutan buli, Koroner tolak dapatan doktor dan polis.
♦️ Koroner putuskan: dibunuh oleh orang tidak dikenali (open verdict).
👉 Maksudnya, laporan doktor tidak boleh berdiri sendiri. Mesti digabung dengan saksi dan bukti lain.
Ini dipanggil “corroborative”.
Makanya, kita jangan melompat terus dan buat konklusi. Masih panjang lagi prosedur ini.
📌 Kalau ada bukti dan saksi lain yang menyokong, ia akan menguatkan dapatan;
📌 Kalau ada menidakkan, Koroner boleh putuskan lain dari apa yang doktor katakan.

Contoh dalam kes Faris, dapatan Koroner tidak bersetuju dengan doktor post mortem.
Ini kerana keadaan mangsa: digantung dengan kain pelekat dengan kaki mencecah lantai.
Bersekali dengan bukti gambar mangsa lebam akibat dibuli. Itu yang buat Koroner tidak terima kata saksi.
Makanya dalam kes Zara, ia takkan berhenti di sini. Kita perlu dengar seterusnya saksi lain.
Apa prinsip undang-undang yang kita belajar pada hari pertama?
📌 Prosedur: kena adil, yakni “natural justice”. Semua pihak diberi ruang.
📌 Substans: kena lengkap, “corroborative evidence” (bukti sokongan) kena ada.
Satu laporan tidak cukup untuk buat dapatan. Esok kita sambung lagi dengan saksi kedua.
Dalam tuisyen seterusnya.
Teruskan berdoa keadilan tertegak untuk Zara dan semua mangsa yang tidak mampu lagi bersuara.
BACA JUGA Lagi kes ‘Serambi Syabu’, kedai runcit rupanya transit dadah RM6.5 juta untuk sejuta orang