Kredit RM100 SARA boleh digunakan hingga 31 Disember, sudah 2.9 juta rakyat guna

Malaysia mencatatkan rekod jualan dan transaksi tertinggi apabila lebih 2.9 juta rakyat membeli barang keperluan asas menggunakan kredit penghargaan SARA dalam tempoh tiga hari.

Jumlah yang dibelanjakan – RM192.4 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Kementerian Kewangan di dalam kenyataannya.

Lebih 1.1 juta transaksi disempurnakan setakat semalam. Nilai jualan yang direkodkan ialah RM75.3 juta setakat 10.30 malam.

Itu pun menunjukkan peningkatan daripada RM50 juta pada 31 Ogos.

Kadar transaksi pula meningkat 95% berbanding 79% pada 31 Ogos.

Bagi meningkatkan kelancaran system MyKasih, kapasiti pemprosesan telah dipertingkatkan tiga kali ganda, daripada 5,000 kepada 15,000 kuiri seminit.

Kementerian Kewangan turut mengingatkan umum bahawa kredit SARA boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

BACA JUGA: Fitnah Konon Mengayakan Elit, SARA RM100 Sebenarnya Merakyatkan Ekonomi