Pelabuhan Klang dalam kedudukan 10 teratas pelabuhan utama dunia

Pelabuhan Klang mencipta rekod dalam sektor maritim negara apabila merangkul kedudukan ke-10 dalam Lloyd’s List 2025.

Lloyd’s List menyenaraikan pelabuhan kontena tersibuk dunia.

Dengan ini Pelabuhan Klang telah mengatasi Hong Kong dan mengangkat Malaysia sebagai kuasa maritim Asia Tenggara.

Menurut Kementerian Pengangkutan, longjakan ke tangga ke-10 ini melengkapkan rekod peningkatan berterusan Perlabuhan Klang dari tangga ke-13 pada 2022 dan ke-11 pada tahun 2023.

Pelaburan dan pembangunan strategik kemajuan ini turut disokong oleh projek pembangunan infrastruktur Westports menerusi pengembangan terminal baharu (CT10-CT17) yang dijangka menggandakan kapasiti daripada 14 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) kepada 28 juta TEU menjelang 2028.

“Projek juga meliputi di Northport iaitu menaik taraf Dermaga 9 dan fasiliti lain bagi menyokong operasi kapal lebih besar dan volum pengendalian yang meningkat, manakala di Pulau Carey dengan projek mega jangka masa panjang berpotensi meningkatkan kapasiti hingga 30 juta TEU setahun menjelang 2060,” kata Kementerian Pengangkutan.

Selain daripada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas mengekalkan kedudukan ke-15 dengan lonjakan pengendalian kontena kepada 12.25 juta TEU pada 2024 iaitu peningkatan 16.9 peratus daripada 10.48 juta TEU pada 2023.

“Gabungan kekuatan Pelabuhan Klang dan PTP menjadikan Malaysia sebagai negara kelima terbesar dunia dari segi jumlah pengendalian kontena pada 2024, memperkukuh peranan strategik negara di sepanjang Selat Melaka, laluan pelayaran paling sibuk di dunia,” kata Kementerian Pengangkutan lagi.

BACA JUGA: Walau pembangkang perlekeh SARA, transaksi cecah RM110 juta dalam dua hari