Banjir Kilat Jejas 93 Rumah di Hulu Langat

FOTO BERITA: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Mukim Hulu Langat dilanda banjir kilat, menjejaskan sekurang-kurangnya 93 buah rumah. Hulu Langat Selangor. 4hb September 2025 (Khamis)

Antara kawasan yang terkesan termasuk, Kampung Batu 18, Kampung Jawa 40 rumah, Kampung Batu 17, Dusun Tua 16 rumah, Kampung Batu 16, Dusun Tua 15 rumah, Kampung Batu 14, Hulu Langat 15 rumah, Kampung Kuala Perdik 3 rumah, Kampung Batu 13, Hulu Langat 2 rumah dan Kampung Sungai Tekali 2 rumah

Menurut laporan awal, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menyebabkan longkang dan sistem perparitan sedia ada tidak mampu menampung kapasiti air yang tinggi.

Pihak berkuasa tempatan bersama agensi penyelamat kini giat menjalankan kerja-kerja pemantauan, pembersihan serta menyalurkan bantuan awal kepada penduduk terlibat

r