Mujahid Yusof seru perkukuh peranan politik progresif di Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan

FOTO BERITA: Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Timbalan Presiden. Turut hadir Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan Tuan Hj. Khalid Samad, Timbalan Pengerusi : Ir. Hj. Hayatul Kamil Termudi di Hotel Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. 6hb September 2025 (Sabtu)

Dalam ucapan perasmiannya, Dr. Mujahid menekankan kepentingan AMANAH terus memperkukuh peranan sebagai wadah politik progresif dan inklusif yang membawa aspirasi rakyat, khususnya warga kota. Beliau turut menyeru agar kepimpinan dan ahli parti memperkasakan usaha memperluas sokongan di Wilayah Persekutuan dengan pendekatan yang segar, berpaksikan nilai Islam rahmatan lil ‘alamin dan politik matang.

Konvensyen ini turut membincangkan hala tuju politik AMANAH di peringkat Wilayah Persekutuan, strategi menghadapi landskap politik semasa serta memperkukuh kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Mesyuarat berjalan dengan baik, teratur dan penuh semangat ukhuwah dalam kalangan perwakilan. Sebanyak tiga usul dibentangkan dan dibahaskan dalam konvensyen kali ini. Usul Lembah Pantai agar pemilihan AMANAH diteruskan pada 2026 – DITOLAK atas pelbagai faktor.

Usul Batu agar pembangunan tertentu dihentikan kerana isu parkir ditolak. Usul Putrajaya agar pemusatan kuasa Presiden dan Pengerusi Perbadanan Putrajaya dipisahkan diterima sebulat suara.

Konvensyen ini menjadi medan penting untuk memperkukuh hala tuju parti di Wilayah Persekutuan, selain menegaskan kesepakatan dalam memperjuangkan agenda rakyat berteraskan prinsip Malaysia Madani.