Penerima SARA RM100 gembira zahirkan rasa syukur
“Bersyukur dan terima kasih meringankan beban rakyat.”
Demikian kegembiraan seorang penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad.
Wanita berkenaan berkata demikian kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika meninjau pelaksanaan SARA di Tawau, hari ini.
Individu itu juga mengakui menerima bantuan SARA setiap bulan sekaligus menampung perbelanjaan barangan dapur.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan, beliau menerima aduan berhubung kekurangan lokasi tebus barangan di beberapa kawasan.
Beliau berkata, ia termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai yang ketika ini hanya mempunyai dua premis bagi pelaksanaan program SARA.
Menurutnya, jumlah premis bagi pelaksanaan SARA kini sudah meningkat kepada lebih 7,300 berbanding hanya 2,000 ketika ia mula dilaksanakan.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, jumlah itu diyakini masih boleh diperluaskan.
BACA JUGA Mengapa ramai pesakit Indonesia pilih berubat di Malaysia?