Kecoh aplikasi MAE terganggu, ini penjelasan Maybank

Pengguna aplikasi MAE merungut apabila sebahagian fungsi pembayaran bil dan pindahan wang gagal berfungsi hari ini.

Susulan itu, Maybank dalam satu reaksi terhadap rungutan pengguna aplikasi tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Dalam masa sama, Maybank memberi jaminan bahawa pasukannya sedang giat berusaha untuk memulihkan sepenuhnya semua perkhidmatan secepat mungkin.

“Kami sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin. Kesabaran anda amat kami hargai,” jelas bank itu.

Maybank memaklumkan fungsi utama aplikasi MAE telah berjaya dipulihkan selepas mengalami gangguan teknikal sementara pada waktu pagi.

Jelasnya, pengguna boleh kembali menggunakan perkhidmatan teras aplikasi itu.

Selain itu, bank tersebut turut menasihatkan penggunaan laman web Maybank2u sebagai alternatif untuk urusan yang masih terjejas.

BACA JUGA Pengarah Maju Holdings berdepan tuduhan pecah amanah, ubah wang haram RM452 juta