Nasib parti dikuasai pembelot, Hamzah dan Azmin bersaing

Oleh FATHI ARIS OMAR

Dalam persaingan merebut kerusi presiden, siapa yang lebih dahulu naik ke atas akan menguasai segala-galanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersalah. Presiden Bersatu sekadar proksi pertarungan yang sebenar.

Beginilah nasib parti yang dikuasai pembelot. Kemahiran mereka hanya mencatur kuasa untuk naik tanpa memikirkan nasib orang lain.

Bersatu yang asal bertujuan “murni”, mahu melawan Umno, 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak. Namun, apabila peluang terbuka parti itu berubah.

Caranya mudah, pecahkan Umno yang baharu tewas PRU 2018 dan bawa masuk wakil-wakil rakyatnya, termasuk Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Kemudian menyusun gerakan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyambung kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad zaman Pakatan Harapan (PH) 1.0. Ramai juga pemimpin PH terpengaruh.

Tetapi apabila Dr Mahathir tersungkur, barulah ramai pemimpin PH 1.0 tersedar! Semua itu bukan niat asal menghalang Anwar. Dengan dukungan Pas dan Umno, maka berlakulah Langkah Sheraton.

Hilang kuasa

Datuk Seri Azmin Ali dan Muhyiddin kekal dengan projek asal. Maka beliau bersama sekumpulan wakil rakyat PKR lompat bersama gerombolan tersebut.

Tetapi nasib tidak selalu menyebelahi pembelot, bagaimana licik mereka bertindak dengan mencipta “kluster Kabinet” vs “kluster mahkamah”. Dan satu lagi “kluster Muafakat Nasional”.

Apabila tewas, hilang kuasa, Muhyiddin diheret ke mahkamah. Dana parti disiasat. Azmin pula kalah di Gombak. Dr Mahathir sudah tinggalkan Bersatu.

Hamzah yang dekat dengan Pas mula mencatur. Beliau dilantik ketua pembangkang. Muhyiddin yang sedikit uzur tidak lagi menonjol. Pas pula memainkan peranannya selepas menang besar.

Sewaktu keraguan timbul, Azmin muncul.

Kekosongan kerusi timbalan presiden menjadi igauan Hamzah dan (juga) Azmin. Tetapi beliau dan pasukannya masih baharu. Maka, peluangnya terbatas kecuali menyorok di belakang Muhyiddin.

Jadi, semua berita yang kita baca itu bukanlah “tinju” antara Hamzah dan Muhyiddin.

Ramai orang fikir begitu. Pada hakikatnya persaingan dalam Bersatu, antara Hamzah dengan Azmin.

Tinggal Azmin menguatkan blok Muhyiddin. Sebab kepentingannya lebih besar di sini. Apatah lagi sebagai setiausaha agung Bersatu.

BACA JUGA Ini sebabnya Fattah Amin, Amira pilih 14 September