Penyanyi ‘Sobar Bea’ cerita pengalaman duduk dalam penjara Thailand, 50 sebilik
Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ yang dikenali sebagai Eda Ezrin berkongsi secara terbuka kepada pengikutnya pengalaman sembilan bulan duduk di dalam Penjara Narathiwat, Thailand.
Ibu kepada dua anak berusia 30 tahun itu menceritakan kehidupannya di sebalik tirai besi menerusi satu sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya.
Katanya, dia ditempatkan di sebuah bilik bersama bersama kira-kira 50 banduan lain, termasuk warga Thailand.
Menurutnya, dia dan dua lagi rakannya bukanlah banduan yang disabitkan kesalahan, sebaliknya tahanan reman, jadi mereka tidak dibenarkan bekerja.
Rutin harian pula lebih kepada menyanyi, berbual dan belajar mengaji al-Quran.
Pada November 2024, Eda Ezrin yang nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, bersama empat individu lain ditahan di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.
Pihak berkuasa merampas 6,059 pil yaba (methamphetamine) dalam satu serbuan di sebuah hotel.
Kumpulan itu berdepan tuduhan memiliki dadah untuk diedarkan serta mengambil dadah.
Pada 6 Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat melepas dan membebaskan Eda serta rakan tertuduh lain daripada tuduhan serius iaitu memiliki dadah.
BACA JUGA Kenapa RON95 tak turun walau minyak dunia jatuh? Pengikut Lim Sian See kena ‘sekolah’