PM arah semua lawatan rasmi menteri dihentikan sementara, ini sebabnya
Semua lawatan menteri ke luar negara dihentikan sementara bagi memberi tumpuan kepada persiapan Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini akan berkuatkuasa serta merta.
“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dimulakan dengan arahan Perdana Menteri agar semua lawatan menteri ke luar negara dihentikan sementara.
“Arahan ini berkuatkuasa serta merta kecuali bagi mesyuarat-mesyuarat berjadual atau pun perkara-perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh jemaah menteri.
“Ini bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan persiapan Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan oleh PM pada 10 Oktober. Juga persiapan menuju sidang kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada hujung Oktober,” katanya.
BACA JUGA Salah guna kuasa, rasuah nak dapatkan tender punca negara rugi RM227 bilion