Siapa Khalil Al-Hayya? Ini 7 fakta tokoh Hamas buruan pengganas Israel
Khalil Al-Hayya, seorang pegawai kanan Hamas, menjadi sasaran Israel di Qatar semalam.
Tokoh berjiwa kental berusia 64 tahun itu menjadi buruan pengganas Israel selepas kematian Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar tahun lalu.
Di tengah-tengah rundingan gencatan senjata, Khalil dilihat secara meluas sebagai tokoh paling berpengaruh Hamas di luar negara.
Beliau merupakan sebahagian daripada majlis kepimpinan lima anggota yang mengetuai Hamas selepas Sinwar syahid dalam serangan Israel di Gaza.
Berasal dari Gaza City, Khalil telah kehilangan beberapa ahli keluarga akibat serangan udara Israel, termasuk anak sulungnya Osama, bersama isteri dan tiga anak semasa perang Gaza 2014, dan anak lain Humam dibunuh dalam serangan di Qatar semalam.
Berikut 7 fakta mengenai Khalil Al-Hayya:
1) Mendapat Ijazah Sarjana Muda (BA) dari Islamic University of Gaza (1983), Sarjana (MA) dalam bidang Hadith dari University of Jordan (1989), dan PhD dalam Hadith & Sunnah Sciences dari University of the Holy Quran and Islamic Sciences, Sudan (1997).
2) Menyertai Hamas semasa Intifada Pertama pada tahun 1987, selepas menyertai Ikhwanul Muslimin awal 1980-an.
3) Dipilih sebagai ahli Majlis Perundangan Palestin mewakili Gaza sejak 25 Januari 2006.
4) Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas mulai 6 Ogos 2024, dan kini merupakan salah satu anggota Majlis Kepimpinan Lima Anggota selepas kematian Yahya Sinwar pada Oktober 2024.
5) Sejak Disember 2024, memimpin Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, menggantikan Mohammad Deif.
6) Giat mewakili Hamas dalam rundingan gencatan senjata dan pertukaran tahanan bersama negara perantara seperti Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat, terutama sepanjang konflik Gaza sejak 2023
7) Bekerja rapat dengan negara seperti Iran dan Syria untuk memulihkan hubungan diplomatik Hamas, termasuk lawatan rasmi ke Damaskus pada 2022.
BACA JUGA PBB kecam serangan Israel terang-terang langgar kedaulatan Qatar