Isu calon PM bakal panaskan muktamar Pas
Isu calon perdana menteri Perikatan Nasional dijangka akan memanaskan suhu muktamar Pas ke-71, kata penganalisa.
Menurut pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar, Pas telah menolak cadangan untuk memimpin PN pada bulan Julai.
Namun perkembangan mutakhir memberi gambaran bahawa Pas mungkin akan berubah fikiran.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinamakan calon perdana menteri semasa perhimpunan agung tahunan parti berkenaan.
“Sekarang ada spekulasi tular bahawa Pas sedang mencari seorang pemimpin yang akan dinamakan calon perdana menteri meskipun Bersatu sudah menegaskan bahawa Muhyiddin ialah calon tersebut.
“Spekulasi sebegini menandakan wujud keperluan untuk kepimpinan PN memikirkan Kembali untuk mengelakkan persepsi bahawa pakatan tersebut bercerai,” kata Hisomuddin, lapor FMT.
Timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan mengatakan bahawa PN tidak perlu menamakan calon secara tergesa-gesa memandangkan fokus PN ialah untuk mengukuhkan jentera pilihan raya dan memperjuangkan isu rakyat.
Muktamar Pas bermula hari ini di Kedah.
BACA JUGA: Exco Armada kecewa dengan agenda ulangan di PAT Bersatu