Kampung Sungai Baru sedang dikosongkan; Ketua Polis Dang Wangi cedera

Kampung Sungai Baru sedang dikosongkan dengan kawalan ketat pihak berkuasa.

Kerja-kerja pengosongan kediaman penduduk yang enggan berpindah dari Kampung Sungai Baru sedang dijalankan dengan kawalan ketat pihak polis.

Tiada pihak dibenarkan memasuki Kawasan berkenaan tanpa pas khas, termasuk media.

Pihak polis mengawal ketat kawasan itu bagi mengelak provokasi dan sebarang kejadian tidak diingini.

Kerja-kerja pengosongan yang dijalankan dipantau oleh pegawai mahkamah yang dikenali sebagai bailiff.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman telah mengalami kecederaan mengalami kecederaan ketika operasi pengosongan kediaman.

Suzilme cedera di bahagian muka.

Ia berlaku kerana kekecohan tercetus apabila beberapa penduduk cuba merempuh masuk ke kawasan operasi.