Keganasan di Kampung Sungai Baru: Polis tahan beberapa individu
Polis menahan beberapa individu susulan insiden rempuhan penduduk di Kampung Sungai Baru, hari ini.
Mereka ditahan selepas rempuhan itu mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kecederaan itu berpunca selepas Sulizmie dibaling objek ketika bertugas mengawal keadaan di lokasi berkenaan.
Jelasnya, polis telah menahan beberapa individu bagi membantu siasatan berkaitan insiden tersebut.
Terdahulu, wajah Sulizmie yang berlumuran darah tersebar di media sosial.
Beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala semasa sekumpulan individu merempuh halangan polis untuk masuk ke dalam kawasan operasi terbabit.
BACA JUGA Kampung Sungai Baru sedang dikosongkan; Ketua Polis Dang Wangi cedera