Orang lain guna Akta Pengambilan Tanah, orang lain dipersalahkan

Isu pengosongan Kampung Sungai Baru terus mencetuskan kontroversi apabila ada pihak menyalahkan Kerajaan walaupun projek pembangunan semula kawasan itu sebenarnya diluluskan semasa pentadbiran terdahulu.

Di media sosial, banyak maklumat tidak benar yang telah terpesong dari fakta sebenar mengenai pembangunan semula Kampung Sungai Baru.

Seorang pemerhati politik, Jamzuri Ardani berkata, tuduhan pembangkang terhadap kerajaan adalah tindakan “politik paling tidak berguna dan paling tidak bermaruah”.

Ini kerana katanya, projek itu diluluskan pada zaman kerajaan Perikatan Nasional dan pihak itulah yang membuat keputusan untuk menghalau penduduk.

Malah, menteri Wilayah yang bertanggungjawab meluluskan projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru pada 2021 kini telah menyertai Pas.

“Menteri Wilayah yang luluskan projek pembangunan semula Kg Sungai Baru tu dah masuk Pas. Projek itu diluluskan zaman kerajaan PN.

“Merekalah yang buat keputusan untuk halau penduduk situ. Kerajaan Madani hanya melaksanakan perintah mahkamah kerana itu memang sudah jadi tanggungjawab kerajaan.

“Tiba-tiba puak Pas pula tuduh kerajaan madani zalim kerana halau penduduk. Ini politik paling tak berguna dan paling tidak bermaruah,” kata beliau di Facebook.

Sementara itu, di media sosial, orang ramai memuat naik se.mula Warta Kerajaan yang mengisytiharkan projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru akan dibuat menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Warta itu bertarikh 21 Jun 2021 sewaktu PN memerintah.

BACA JUGA ‘Imam’ lempar selipar ke arah hakim antara ‘wira’ Kg Sungai Baru, rupanya ada kisah di penjara