PM tekankan penyatuan ummah, lancarkan Portal MySPPIM 2.0

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyatuan merupakan asas penting dalam pembangunan negara dan masyarakat.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia 2025 (IJPAM 2025) di Johor, tengah hari tadi.

Beliau berkata, firman Allah SWT dalam Surah Al-Saff yang menggambarkan kekuatan ummah bersatu seperti bangunan tersusun kukuh adalah perumpamaan mendalam dan relevan dengan konteks semasa.

Anwar semasa Penutup ljtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 di Johor hari ini.

Dalam majlis itu, Anwar turut melancarkan MySPPIM 2.0, portal baharu Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia yang diperbaharui dengan ciri pintar serta integrasi bersama pelbagai agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri.

Menurutnya, langkah itu diyakini mampu meningkatkan kecekapan dan keterangkuman sistem pengurusan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

“Agensi-agensi agama harus terus mara ke hadapan, menyumbang dalam arus kemajuan teknologi tanpa mengabaikan asas kemanusiaan yang luhur,” kata beliau.

Selain itu, Anwar turut menekankan bahawa konsep Kemuliaan Insan (Karamah Insaniyyah) yang tidak boleh diukur semata-mata pada persepsi atau emosi, sebaliknya berteraskan ilmu, akhlak, pemikiran, serta integriti berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

BACA JUGA Dua nilai ini pastikan pengakap kekal relevan