Mantan PM masih boleh didakwa di mahkamah, laporan siasatan sedang diteliti

Mantan perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih boleh didakwa di mahkamah bersama bekas setiausha politik Datuk Anuar Yunus berhubung kes RM160 juta yang disita.

“Walaupun tindakan pelucuthakan harta telah dimulakan oleh SPRM, jabatan ini akan meneliti secara menyeluruh laporan penuh siasatan tersebut,” kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan.

“Proses penelitian laporan penuh siasatan tersebut akan dibuat daripada pelbagai sudut termasuk aspek keterangan serta elemen-elemen pembuktian kes sebelum sebarang keputusan berhubung pendakwaan jenayah dapat dibuat.

“Sebarang keputusan berkaitan kes ini akan dimaklumkan setelah proses penelitian laporan penuh siasatan selesai.”

Ismail dan Anuar telah mengumumkan awal bulan ini bahawa mereka tidak akan mencabar keputusan SPRM melucuthak aset mereka.