Pasukan ketenteraan rantau Arab seperti NATO di Timur Tengah

Mesir sedang berusaha mewujudkan semula sebuah pasukan ketenteraan rantau Arab seperti NATO, lapor pelbagai media berbahasa Arab.

Akhbar pro Hezbollah Al-Akhbar memetik sumber kerajaan Lubnan dalam perkara ini.

Al – Quds Al – Arabi pula melaporkan Presiden Mesir Abdel Fattah al – Sisi sedang berusaha mendapatkan sokongan untuk mewujudkan pasukan tindakan pantas yang boleh dikerah untuk mempertahankan mana-mana negara yang telah diserang.

Cadangan ini telah dibangkitkan beberapa kali sebelum sidang kemuncak pada minggu ini.

Mesir bercadang untuk menyumbangkan 20,000 tentera dan mahu meletakkan panglima tentera empat bintang. Arab Saudi dikatakan akan menjadi rakan strategik dalam usahasama ini.

Cadangan ini telah diusul pertama kali 10 tahun lalu. Serangan Israel ke atas Hamas di Qatar kembali memberikan fokus kepada cadangan ini.

Usaha ini juga menandakan usaha Mesir untuk kembali ke persada politik Timur Tengah.

BACA JUGA: AMANAH akan perangi politik identiti, ekstremisme dalam pilihan raya