Ini rupanya sebab menantu Hadi ditahan polis
Menantu presiden Pas Tan Sri Hadi Awang, iaitu Zaharuddin Muhammad yang juga ketua Pas Sungai Buloh telah ditahan di Ibupejabat Polis Daerah Wangi untuk membantu siasatan berhubung serangan terhadap penjawat awam ketika kekecohan di Kampung Sungai Baru.
Penahanan Zaharuddin telah disahkan oleh Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.
“Saya sahkan penahanan ini bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.
Zaharuddin ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 186, Seksyen 353 dan 324 Kanun Keseksaan.
Seksyen 186 berkaitan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya, manakala Seksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela menggunakan senjata berbahaya.
Seksyen 353 pula berkaitan penggunaan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Zaharuddin telah ditahan di kediamannya di Sungai Buloh pada pukul 1.30 pagi.
Seramai tujuh orang di antara usia 15 hingga 52 telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam provokasi semasa pelaksanaan writ saman milikan kosong di Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu.
Mereka turut disyaki terlibat mencederakan Sulizmie.
BACA JUGA: Terbongkar sudah identiti 7 suspek cetus provokasi ganas di Kampung Sungai Baru