Tiga sebab Mahiaddin perlu berundur sebagai presiden Bersatu

Datuk Puad Zarkashi

Ada tiga sebab kenapa Tan Sri Mahiaddin Yasin mesti turun sebagai presiden Bersatu.

Pertama, 120 orang ketua bahagian tandatangan SD minta dia buat peralihan kuasa pada Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Kedua, PAS tidak sokong Mahiaddin sebagai calon PM ke 11. Mereka pilih Hamzah. Sebab itu Pas pilih Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Ketiga, Mahiaddin ada “beggage”. Biasanya pemimpin yang asa kes mahkamah akan ambil cuti. Tetapi Muhyiddin berdegil. Ia akan jadi duri dalam daging.

Desakan ahli Pas supaya parti itu memimpin PN akan menyebabkan Mahiaddin semakin tertekan. Dia tertekan luar dan dalam.

Mahiaddin kena akur kerana nyawa PN banyak bergantung kepada Pas.


Datuk Puad Zarkashi ialah ahli Majlis Tertinggi Umno dan Speaker Dewan Negeri Johor.